KLIK adalah singkatan kepada Komuniti Lestari IKRAM.

Ia merupakan jenama baru bagi satu pakej program atau aktiviti yang menggabungkan projek-projek IKRAM sedia ada dan baharu tetapi dengan pendekatan yang inklusif dan lebih strategik untuk menerobos masyarakat.

Objektif KLiK

VISIBILITI

Meningkatkan visibiliti IKRAM melalui projek-projek di bawah jenama KLiK.

PENYELARASAN

Projek-projek di selaras bagi setiap kawasan-kawasan IKRAM di negeri Johor untuk mencapai matlamat yang sama.

IMPAK

Mencapai impak yang lebih besar melalui projek-projek yang dijalankan dengan lebih inklusif dan strategik.

Modul Sejahtera

Pembangunan masyarakat sangat tergantung kepada kehidupan sesebuah keluarga. Sebagai institusi terkecil dalam masyarakat, keluarga memiliki pengaruh yang sangat besar terhadap keberhasilan pembangunan sebuah negara. Keluarga yang sejahtera bererti setiap ahli keluarga merasa selamat dan tenteram dalam menjalani kehidupan seharian. Dengan keadaan keluarga yang sejahtera, setiap individu akan mendapat kesempatan seluas-luasnya untuk berkembang sesuai dengan potensi, bakat dan kemampuan yang dimiliki.

Namun hakikatnya, masih ramai yang berhadapan dengan pelbagai masalah dan ancaman. Oleh itu, kerjasama erat pelbagai pihak amat diperlukan untuk mengatasi masalah dan ancaman yang boleh mengugat kesejahteraan sesebuah keluarga dan masyarakat. Program pendidikan perlu dijalankan secara berterusan untuk menanamkan kesedaran dikalangan anggota masyarakat untuk mencegah sebarang salah laku dan jenayah yang terjadi disekeliling mereka. Seterusnya, proses pembangunan diri setiap individu perlu dilaksanakan bermula dari peringkat kanak-kanak, seterusnya remaja dan dewasa.

Oleh itu, Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor mengambil inisiatif dengan menghasilkan Modul Sejahtera untuk dikongsikan bersama-sama masyarakat di Johor khususnya dan Malaysia amnya.

Modul ini bertujuan untuk memberi pendidikan dan kesedaran untuk melindungi diri dan keluarga dari sebarang ancaman. Disamping itu, modul ini juga menekankan pembangunan sahsiah yang seiring iaitu dalam aspek rohani, jasmani, emosi dan intelek bermula dari peringkat kanak- kanak sehingga dewasa.

Melalui perlaksanaan modul ini diharapkan dapat ianya menyumbang kearah kehidupan yang sejahtera, dan seterusnya mendorong kearah melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni, menjunjung tinggi nilai-nilai kemanusiaan, maju dalam penguasaan ilmu pengetahuan, serta teknologi. Dengan ini seluruh masyarakat berupaya memacu perubahan kearah mewujudkan sebuah negara rahmah untuk semua.

Modul SEJAHTERA menawarkan 4 pakej utama bersesuaian dengan pelbagai peringkat umur:

1.Pakej SEMAI (4-6 tahun)
2.Pakej TUNAS (7-12 tahun)
3.Pakej MEKAR (13-17 thun)
4.Pakej SINAR (18 tahun ke atas)

semai

OBJEKTIF

  • Memberi kesedaran kepada kanak-kanak bahawa diri mereka sangat istimewa dan berharga.
  • Menjelaskan kepentingan menjaga dan melindungi tubuh badan .
  • Memperkenalkan kaedah-kaedah penjagaan diri dari pelbagai ancaman.
  • Menyemai nilai-nilai kecemerlangan dalam diri anak-anak untuk melahirkan generasi yang berilmu dan berakhlak.

Program di dalam pakej ini ialah Kekal Selamat @ ‘Stay Safe’.

Program ini menjelaskan situasi selamat dan tidak selamat serta tindakan yang perlu diambil oleh anak-anak apabila berhadapan dengan ancaman.

SASARAN

Kanak-kanak 4-6 tahun

.

tunas

OBJEKTIF

  • Memberi kesedaran kepada anak-anak bahawa diri mereka sangat istimewa dan berharga.
  • Menjelaskan kepentingan menjaga dan melindungi tubuh badan.
  • Membicarakan mengenai perubahan dalam diri apabila mencapai umur baligh.
  • Memperkenalkan tips penjagaan diri dari pelbagai jenis ancaman
  • Memupuk nilai-nilai kecemerlangan bagi melahirkan generasi yang berilmu dan berakhlak.

Program-Program

  • Kekal Selamat @ ‘Stay Safe’: Membincangkan situasi selamat dan tidak selamat serta tindakan yang perlu diambil apabila berhadapan dengan ancaman.
  • Meniti Usia Baligh: Membicarakan tentang baligh, perubahan dan tanggungjawab memelihara diri.

SASARAN

Kanak-kanak 7-12 tahun

mekar

OBJEKTIF

  • Menjelaskan kepada anak-anak bahawa diri mereka sangat istimewa dan berharga.
  • Memberi kesedaran kepada remaja tentang matlamat kehidupan dan tanggungjawab untuk menjaga keselamatan dan kehormatan diri sendiri.
  • Menjelaskan mengenai perubahan-perubahan fizikal, emosi dan biologi apabila baligh.
  • Mempersiapkan minda remaja untuk menjadi individu yang berwawasan dan memberi manfaat kepada keluarga dan negara.
  • Menjelaskan tentang ancaman-ancaman pornografi, pedofilia dan jenayah siber serta langkah-langkah untuk menghindari.

Program-Program

  • Meniti Usia Baligh: Membicarakan tentang baligh, perubahan dan tanggungjawab memelihara diri.
  • Jom Jadi Baik: Program yang membicarakan tentang punca dan kesan bahaya Zina.
  • Selamatkah Aku Di Alam Maya? : Membincangkan tentang bahaya yang wujud dalam Media Sosial.

SASARAN

Kanak-kanak 13-17 tahun

sinar

OBJEKTIF

  • Memberi kesedaran kepada ibubapa dan penjaga tentang pelbagai ancaman masa kini.
  • Menyarankan peranan yang boleh dilakukan oleh ibubapa dan penjaga bagi melindungi anak-anak dari bahaya pedofilia, pornografi dan ancaman alam siber.
  • Meningkatkan pengetahuan serta kefahaman tentang hak-hak wanita.

Program-Program

  • Membina Cinta ke Syurga: Pembinaan keluarga bahagia melalui penghayatan al-Quran dan solat berkualiti.
  • Mahligai Kasih: Membina kesejahteraan rumahtangga.
  • Wanita, Hak dan Undang-undang: Membicarakan tentang hak-hak wanita serta perlindungan dari keganasan rumahtangga
  • LINDUNGI DIRI DAN KELUARGA: Meningkatkan kesedaran tentang ancaman alam siber, pedofilia, dan pornografi serta langkah-langkah untuk melindungi ibu-bapa dan keluarga
  • IBU BAPA EFEKTIF

 

jbar

Johor Bebas Asap Rokok (JBAR) merupakan platfom bagi mendidik, memberi kesedaran dengan lebih berkesan, motivasi dan mengukuhkan pengetahuan masyarakat tentang kegiatan merokok dan juga ‘vaping’ serta kesan-kesannya kepada kesihatan. Ia juga sebagai pemangkin kepada usaha memupuk amalan gaya hidup sihat dalam masyarakat dengan meningkatkan lagi keprihatinan mereka terhadap kesihatan diri.

VISI JBAR

Menjadikan negeri Johor sebuah negeri yang bebas dari asap rokok secara menyeluruh.

MISI JBAR

  • Meningkatkan kesedaran dan mengukuhkan pengetahuan masyarakat tentang bahaya dan kesan-kesan merokok dan juga vaping.
  • Melindungi kaum wanita, kanak-kanak dari terdedah kepada rokok dan aktiviti-aktiviti berkaitan dan kesan-kesannya.
  • Mengetengahkan solusi-solusi yang praktikal bagi membendung budaya merokok daripada terus berkembang.
kesum

Kita adalah sebahagian daripada sesebuah lembangan sungai, dan apa yang kita lakukan akan memberi impaK kepada ekosistem. Penjagaan sumber air dan tanah ini memerlukan usahasama rapat kerajaan tempatan dan komuniti berilmu. Dengan melaksanakan program yang berkait dalam bentuk 3 fasiliti : Waste Treatment Plant (WTP), Wastewater Treatment Plant (WWTP) dan Landfill, kita akan mengetahui olahan sisa pepejal dan sisa domestik yang kita hasilkan  disamping rawatan air yang kita minum.

OBJEKTIF

  • Menyampaikan maklumat kepada penduduk tentang fasiliti dan proses yang dilakukan yang menjaga kebajikan masyarakat dan kesejahteraan alam sekitar.
  • Menyediakan platform bagi membina hubungan kerjasama diantara penyedia fasiliti dan penduduk dalam kawsan lembangan atau pentadbiran kerajaan tempatan.

Program-Program

  • Pengkomposan, Penanaman, Ferrosimen, Molluscure dan Minyak Pati.

.

kdmm

Program Keharmonian dalam Masyarakat Majmuk (KDMM) ini bertujuan untuk kita memahami kepelbagai kepercayaan dalam masyarakat majmuk.

Juga untuk menyampaikan keindahan Islam demi untuk membetulkan salah faham dalam usaha untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang lebih harmoni.

SASARAN

Remaja dan dewasa muslim.